Debu-debu Dosa


"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yg selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.."
[Al-Mutaffifin : 14]

Bermula dari debu kecil anggaran sebesar zarah.
Ia datang, ditiup angin..kemudian datang lagi ditiup angin lain yg dibawa kenderaan bermotor..
Terus-terusan debu itu datang menghinggap..
Lama kelamaan semakin menebal..berlapis-lapis..

Dari tidak terlihat dek pandangan mata kasar, sehingga ia terlihat.
Jika dibiar terus seminggu, debu semakin menebal dan semakin sukar untuk membersihkannya..
Tapi, jika setiap hari dibersihkan, yg terlihat hanya sedikit. Usaha untuk membersihkannya juga tidaklah sukar..Cuma perlukan usaha dan kerajinan.

Di satu sudut..
Kedengaran satu suara..lembut, berbaur tegas.

Bagaimana engkau melayani dosa-dosa kecil yg sering menghampirimu?
Masihkah engkau memiliki kecenderungan utk meremehkan kerana kecilnya dosa itu di matamu?
Jika masih dan benar adanya, maka ingatlah bahawa biarpun dosa itu bernilai kecil, tetapi bila ia sering dilakukan, ia akan berubah menjadi dosa yang besar.

Muhammad ibnu Abdullah SAW pernah mengingatkan,

"Jauhkanlah dirimu dari dosa-dosa kecil..!"

Kemudian, baginda membuat perumpamaan..

Seperti adanya suatu kaum yg singgah di suatu tanah lapang. Mereka memerlukan kayu bakar.
Maka, si A mengambil 1 ranting, si B mengambil 1 ranting. Sedikit demi sedikit, akhirnya terkumpullah kayu bakar yg banyak. Kemudian, mereka nyalakan api, sampai mereka boleh memasak roti mereka.

Baginda menyambung lagi dgn tenang..
"..Maka, demikianlah, bahawa dosa-dosa kecil itu menompok pada seseorang, sedang dia meremehkannya, hingga dosa-dosa itu meremehkannya.." [HR Ahmad, At-Thabrani, al-Baihaqi ]

Dosa kecil yg sudah sebati dalam diri, membuat diri semakin mudah mendekati dosa-dosa besar..
Hati telah tercemar dengan timbunan dosa-dosa yg akhirnya menghijab nur iman..
Cahaya iman nya semakin kelam..lagi pula debu-debu dosa itu tidak pernah disucikan dengan taubat, istighfar, taqarrub jua kebaikan.
Kerana imannya semakin pudar, tiada lagi signal alarm yg akan menahannya dari melakukan dosa & maksiat. Segalanya di anggap biasa, budaya, adat, trend dan seumpamanya..

Tompokan dosa di atas dosa..sehingga membutakan hati dan hati mati kerananya.
Hati mereka telah tertutup dgn segala debu-debu dosa, maksiat & jahiliyah.

Fudhail bin 'Iyadh mengatakan,
"Selama kamu menganggap kecil sebuah dosa,maka semakin besar dosa itu di hadapan Allah. Selama kamu melihat besar sebuah dosa, semakin kecil dosa itu di mata Allah.."

Adakah kita sedar bahawa dgn meremehkan dosa-dosa kecil, kita telah membenarkan seseorang bermaksiat kpd Allah?

Jangan melihat kecilnya dosa itu, tetapi lihatlah kepada siapa engkau berbuat dosa.
Pastinya ada rasa malu padaNya..namun, andai sudah tidak ada malu, maka, segeralah sucikan jiwamu..

Jika dulu kita sering melakukan maksiat, maka buatlah kebajikan pada masa2 yg tersisa ini..
Jika kita masih juga melakukan keburukan dan kemaksiatan pada masa2 yg masih berbaki ini, ingat bahawa kita akan dihisab atas kemaksiatan dahulu & juga pada masa2 berbaki ini..

"Sesungguhnya beruntunglah orang yg mensucikan jiwanya, dan sesungguhnya merugilah orang yg mengotorinya.." [Asy-Syam : 9-10]

Sucikanlah dirimu..sucikanlah hatimu. Baikilah ia, dan bawa dirimu pada ketaatan padaNya. Maka kau akan menjadi orang yg sangat beruntung dan mulia disisiNya..begitu pula sebaliknya.
Islam itu bersih,janganlah kita mengotorinya dgn noda2 dosa.

Konsepnya mudah..
Jika kita belum mampu berbuat banyak untuk kepentingan Islam, jangan pula kita menambah jumlah orang yg berbuat maksiat di muka bumi ini.

Betapa hanya kerana dosa yg sekelumit cuma pernah menggagalkan umat Islam suatu ketika dulu. Kejadian dlm perang Uhud kiranya cukup utk kita mengambil pelajaran. Kemaksiatan yg dilakukan oleh segelintir orang bisa memberi pengaruh besar pada kemenangan Islam.
Saff umat Islam yg pada awalnya kuat & solid menjadi porak-poranda hanya kerana sebahagian pasukan di atas bukit tergiur utk turun mengambil harta rampasan perang walau sudah diperintah rasulullah utk tetap di situ..
Hanya kerana itu, 70 orang sahabat syahid dan wajah insan terpilih SAW turut terluka.

Betapa dosa & kemaksiatan itu melemahkan saff sebuah perjuangan. Khalifah2 Islam, Abu Bakar & Umar juga sering berpesan pada pasukannya sebelum berjuang supaya tidak melakukan dosa dan kemaksiatan, juga bertaubat utk mensucikan diri.
Taqwa hanya ada pada jiwa yg bersih.Ia adalah perlengkapan yg paling sempurna utk mendepani musuh.
Taubat dapat melindungi mereka dari apa yg tidak dapat dicegah oleh pedang.
Pertolongan Allah hanya ada pada jiwa-jiwa yg bersih dari dosa & noda.
Betapa hebat generasi didikan madrasah Rasulullah. Sangat sensitif terhadap perbuatan dosa.

Bezanya dengan umat kini..
Dosa kecil dianggap enteng..dipandang sebelah mata.
Dari kejahatan kecil tidak dizahirkan, hingga berzina terang-terangan. Segalanya dianggap biasa.
Anggota yg dikurnia Allah, diguna tidak bertempat.
Mulutnya sering mengata, mengadu domba, menfitnah.
Matanya sering memandang yg haram.
Telinga tidak ditapis, malah dibiar ditarik mendengar aib.
Tangannya sering mengambil, menyentuh yg bukan miliknya.
Kakinya bergerak ke arah maksiat malah semakin mendekati.

Jangan mengadu jika hati tidak tenang tentaram..
Jangan meluah ilmu tidak masuk ke dada..
Jangan runsing langkah perjuangan semakin mandul..
Jangan pelik maksiat terasa nikmat..

Periksa hatimu..
Perbaharuilah ia..
Menangislah kerana DIA..
Allah Maha Pengampun..
Runtuhkan egomu..
DIA menanti rayuanmu..

Indahnya jika iman sentiasa dijaga..

"Allah menjadikan kamu cinta kpd keimanan & menjadikan iman itu indah dlm hatimu, serta menjadikan kamu benci pada kekafiran,kefasikan & kedurhakaan.." [Al-Hujrat: 7]

Hasan Al-basri bila ditanyakan apakah hari raya itu baginya..beliau menjawab,
"Setiap hari pada hari itu aku tidak melakukan maksiat kpd Allah.."

Subhanallah, Allahu Akbar! Sememangnya itulah kemenangan yg besar.



0 Responses